Wednesday, 15 April 2015

TINDAKAN 2 (MEMPELBAGAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)

TINDAKAN 2 : MEMPELBAGAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Berdasarkan isu yang telah dikenalpasti iaitu murid-murid kelihatan pasif dan tidak memberikan respon dengan baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya telah memikirkan beberapa aktiviti untuk meningkatkan keyakinan dan motivasi murid di samping mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Oleh yang demikian, saya  telah merancang untuk melaksanakan aktiviti berdrama. Aktiviti ini telah dirancang dengan teliti. Selain daripada meningkatkan motivasi dan keyakinan murid-murid untuk berkomunikasi, pementasan drama yang akan dilaksanakanadlaah untuk membantu mereka mendapatkan markah yang tinggi dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) di samping memberikan ilmu yang baru kepada murid-murid berkenaan dengan pementasan drama. Walaupun pementasan yang telah dilaksanakan hanyalah sebuah pementasan mini yang bertempat di kelas sahaja, namun mereka telah diberikan pendedahan berkenaan dengan ilmu pementasan. Oleh yang demikian, bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar, saya telah merancang dan menetapkan watak yang perlu diberikan kepada murid-murid. saya perlu memastikan bahawa setiap daripada murid saya mendapat watak yang bersesuaian dengan mereka. Dengan adanya latihan yang dilaksanakan, mereka kelihatan lebih berani untuk berkomunikasi di samping mereka lebih bersikap aktif berbanding sebelumnya. Walaupun pada mulanya, mereka agak keras dan kaku untuk berlakon, setelah mendapat tunjuk ajar dan latihan yang diberikan, mereka kelihatan lebih berani untuk menonjolkan bakat yang ada dalam diri mereka. Berikut merupakan antara proses persiapan peralatan atau props bagi pementasan yang telah dilaksanakan. 


Situasi murid-murid yang bekerja keras untuk menyiapkan keperluan dan peralatan yang diperlukan untuk pementasan drama. 


Selain daripada menyiapkan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan, mereka juga menjalankan latihan bagi memantapkan lakonan mereka. Saya telah memerhatikan dan memberi komen terhadap setiap babak yang telah dilakonkanm oleh mereka bagi memastikan mereka dapat melakukan yang terbaik semasa pementasan drama nanti. 



Situasi murid-murid yang sedang belajar berdrama. 

Sebelum pementasan drama mini berlangsung, saya telah memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada mereka bag imemastikan mereka kurang gugup dan dapat melaksanakan sesuatu yang terbaik buat diri mereka. Setelah saya memberikan kata-kata semangat kepada mereka, mereka kelihatan sedikit tenang. 


Situasi murid-murid yang sedang diberi kata-kata semangat dan pendorong oleh saya. 

Semasa pementasan berlangsung, saya sentiasa berada bersama-sama dengan mereka untuk memberikan sepenuhnya sokongan kepada mereka dan membantu mereka untuk menjayakan pementasan drama mereka. Berikut merupakan antara kenangan-kenangan yang dicoretkan bersama hari pementasan drama.



Antara kumpulan drama yang telah terlibat dalam pementasan drama tersebut. 

Setelah tamatnya ketiga-tiga pementasan drama mengikut tajuk drama yang terdapat dalam teks KOMSAS, dapat dilihat perubahan yang mendadak pada diri mereka. Mereka kelihatan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga kelihatan bersemangat dan semakin fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kepelbagaian aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping kemahiran seorang guru untuk menarik minat anak muridnya dapat mengubah tingkah laku negatif murid kepada tingkah laku yang lebih positif. 

No comments:

Post a Comment