Berdasarkan isu yang telah dikenalpasti, saya telah merancang beberapa tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi isu tersebut. Tindakan pertama yang saya ambil bagi mengatasi isu ini ialah meningkatkan kemahiran peneguhan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini demikian kerana, kemahiran peneguhan atau dikenali juga sebagai kemahiran pengukuhan ini sememangnya memberi kesan kepada murid-murid kerana kemahiran ini akan membantu meningkatkan motivasi mereka dan mengubah tingkah laku mereka daripada negatif kepada positif.
DEFINISI KEMAHIRAN PENEGUHAN.
Menurut Rudin Salinger dan Omar Ibrahim (1990:31), peneguhan merujuk kepada tindakan-tindakan guru. Apabila digunakan berulang-ulang, peneguhan akan menggalakkan murid-murid mengubah tingkah laku kepada yang positif. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa teknik pengukuhan atau peneguhan ini merupakan balasan berbentuk hadiah atau pujian kepada murid sekiranya mereka menunjukkan tingkah laku yang positif semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN PENEGUHAN.
* Bentuk pengukuhan haruslah di ubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan.
* Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku positif.
* Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir murid hendaklah dielakkan.
* Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan status sosial murid.
* Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya murid yang menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.
OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENEGUHAN.
* Memberi galakan kepada murid dalam aktiviti pembelajaran.
* Mengukuhkan konsep atau isi pelajaran supaya kekal dalam ingatan.
* Menggalakkan muris yang terlibat an murid-murid lain juga akan menunjukkan tingkah laku yang positif.
* Memupuk semangat keyakinan diri murid untuk mewujudkan tingkah laku positif.
* Memperbaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif.
KESAN-KESAN KEMAHIRAN PENEGUHAN.
* Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.
* Murid-murid akan cuab memberikan tingkah laku positif.
* murid lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang baik.
* Menjadikan disiplin kelas bertambah baik.
* Murid akan merasa dihargai dan semangat ingin belajar meningkat.
* Hubungan antara guru dan murid akan bertambah erat dan mesra.
SUBKEMAHIRAN DALAM KEMAHIRAN PENEGUHAN.
* Pengukuhan melalui bahasa – contoh perkataan yang kerap digunakan ialah `bagus’, `ya, betul’ dan sebagainya.
* Pengukuhan isyarat (gesture). Gerakan-gerakan badan tertentu sebagai penggalak kepada tingkah laku pelajar. Contohnya, mengangguk-anggukkan kepala, senyuman, bertepuk tangan dan lain-lain * Pengukuhan sentuhan. Guru menyentuh belakang pelajar untuk mengucapkan tahniah (tidak sesuai untuk pelajar dewasa atau berlainan jantina).
* Pengukuhan beraktiviti. Guru memberi aktiviti yang disukai pelajar atau membenarkan pelajar `rehat lima minit’ selepas menyelesaikan aktiviti yang berat.
* Pengukuhan kiu verbal tambahan. Contohnya guru menyebut `aha’, `ha ah’, `teruskan’, `cuba fikir semula’ dan lain-lain.
* Pengukuhan dengan cara menghampiri pelajar. Guru menunjukkan minat terhadap kemajuan pelajar dengan mendekati mereka, berdiri atau duduk di sebelah pelajar dan lain-lain. * Pengukuhan bertulis. Guru memberi komen pada tugasan, memberi markah, menggunakan carta kemajuan dan lain-lain.
* Menulis jawapan pelajar di papan hitam. Hal ini menggalakkan pelajar bertindak balas;
Saya telah meningkatkan kemahiran pengukuhan atau peneguhan saya semasa saya menjalankan proses pengajaran dan pe,mbelajaran. Dalam masa yang sama, saya juga sering menggunakan kata-kata motivasi yang dapat menarik minat murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berikut merupakan antara keadaan murid semasa teknik pengukuhan ini dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Subkemahiran pengukuhan isyarat yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Guru meminta murid untuk menulis jawapan yang tepat di papan hitam dan ini menunjukkan bahawa subkemahiran pengukuhan menulis jawapan di papan hitam telah dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment