Wednesday, 15 April 2015

TINDAKAN 2 (MEMPELBAGAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)

TINDAKAN 2 : MEMPELBAGAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Berdasarkan isu yang telah dikenalpasti iaitu murid-murid kelihatan pasif dan tidak memberikan respon dengan baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya telah memikirkan beberapa aktiviti untuk meningkatkan keyakinan dan motivasi murid di samping mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Oleh yang demikian, saya  telah merancang untuk melaksanakan aktiviti berdrama. Aktiviti ini telah dirancang dengan teliti. Selain daripada meningkatkan motivasi dan keyakinan murid-murid untuk berkomunikasi, pementasan drama yang akan dilaksanakanadlaah untuk membantu mereka mendapatkan markah yang tinggi dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) di samping memberikan ilmu yang baru kepada murid-murid berkenaan dengan pementasan drama. Walaupun pementasan yang telah dilaksanakan hanyalah sebuah pementasan mini yang bertempat di kelas sahaja, namun mereka telah diberikan pendedahan berkenaan dengan ilmu pementasan. Oleh yang demikian, bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar, saya telah merancang dan menetapkan watak yang perlu diberikan kepada murid-murid. saya perlu memastikan bahawa setiap daripada murid saya mendapat watak yang bersesuaian dengan mereka. Dengan adanya latihan yang dilaksanakan, mereka kelihatan lebih berani untuk berkomunikasi di samping mereka lebih bersikap aktif berbanding sebelumnya. Walaupun pada mulanya, mereka agak keras dan kaku untuk berlakon, setelah mendapat tunjuk ajar dan latihan yang diberikan, mereka kelihatan lebih berani untuk menonjolkan bakat yang ada dalam diri mereka. Berikut merupakan antara proses persiapan peralatan atau props bagi pementasan yang telah dilaksanakan. 


Situasi murid-murid yang bekerja keras untuk menyiapkan keperluan dan peralatan yang diperlukan untuk pementasan drama. 


Selain daripada menyiapkan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan, mereka juga menjalankan latihan bagi memantapkan lakonan mereka. Saya telah memerhatikan dan memberi komen terhadap setiap babak yang telah dilakonkanm oleh mereka bagi memastikan mereka dapat melakukan yang terbaik semasa pementasan drama nanti. 



Situasi murid-murid yang sedang belajar berdrama. 

Sebelum pementasan drama mini berlangsung, saya telah memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada mereka bag imemastikan mereka kurang gugup dan dapat melaksanakan sesuatu yang terbaik buat diri mereka. Setelah saya memberikan kata-kata semangat kepada mereka, mereka kelihatan sedikit tenang. 


Situasi murid-murid yang sedang diberi kata-kata semangat dan pendorong oleh saya. 

Semasa pementasan berlangsung, saya sentiasa berada bersama-sama dengan mereka untuk memberikan sepenuhnya sokongan kepada mereka dan membantu mereka untuk menjayakan pementasan drama mereka. Berikut merupakan antara kenangan-kenangan yang dicoretkan bersama hari pementasan drama.



Antara kumpulan drama yang telah terlibat dalam pementasan drama tersebut. 

Setelah tamatnya ketiga-tiga pementasan drama mengikut tajuk drama yang terdapat dalam teks KOMSAS, dapat dilihat perubahan yang mendadak pada diri mereka. Mereka kelihatan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga kelihatan bersemangat dan semakin fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kepelbagaian aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping kemahiran seorang guru untuk menarik minat anak muridnya dapat mengubah tingkah laku negatif murid kepada tingkah laku yang lebih positif. 

Tuesday, 14 April 2015

TINDAKAN 1 (MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENEGUHAN)

Berdasarkan isu yang telah dikenalpasti, saya telah merancang beberapa tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi isu tersebut. Tindakan pertama yang saya ambil bagi mengatasi isu ini ialah meningkatkan kemahiran peneguhan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini demikian kerana, kemahiran peneguhan atau dikenali juga sebagai kemahiran pengukuhan ini sememangnya memberi kesan kepada murid-murid kerana kemahiran ini akan membantu meningkatkan motivasi mereka dan mengubah tingkah laku mereka daripada negatif kepada positif. 

DEFINISI KEMAHIRAN PENEGUHAN.

Menurut Rudin Salinger dan Omar Ibrahim (1990:31), peneguhan merujuk kepada tindakan-tindakan guru. Apabila digunakan berulang-ulang, peneguhan akan menggalakkan murid-murid mengubah tingkah laku kepada yang positif. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa teknik pengukuhan atau peneguhan ini merupakan balasan berbentuk hadiah atau pujian kepada murid sekiranya mereka menunjukkan tingkah laku yang positif semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN PENEGUHAN.

* Bentuk pengukuhan haruslah di ubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan. 
* Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku positif.
* Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir murid hendaklah dielakkan. 
* Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan status sosial murid. 
* Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya murid yang menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.

OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENEGUHAN.

* Memberi galakan kepada murid dalam aktiviti pembelajaran.
* Mengukuhkan konsep atau isi pelajaran supaya kekal dalam ingatan.
* Menggalakkan muris yang terlibat an murid-murid lain juga akan menunjukkan tingkah laku yang positif. 
* Memupuk semangat keyakinan diri murid untuk mewujudkan tingkah laku positif.
* Memperbaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. 

KESAN-KESAN KEMAHIRAN PENEGUHAN.

* Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.
* Murid-murid akan cuab memberikan tingkah laku positif.
* murid lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang baik.
* Menjadikan disiplin kelas bertambah baik.
* Murid akan merasa dihargai dan semangat ingin belajar meningkat. 
* Hubungan antara guru dan murid akan bertambah erat dan mesra. 

SUBKEMAHIRAN DALAM KEMAHIRAN PENEGUHAN. 

* Pengukuhan melalui bahasa – contoh perkataan yang kerap digunakan ialah `bagus’, `ya, betul’ dan sebagainya.
* Pengukuhan isyarat (gesture). Gerakan-gerakan badan tertentu sebagai penggalak kepada tingkah laku pelajar. Contohnya, mengangguk-anggukkan kepala, senyuman, bertepuk tangan dan lain-lain * Pengukuhan sentuhan. Guru menyentuh belakang pelajar untuk mengucapkan tahniah (tidak sesuai untuk pelajar dewasa atau berlainan jantina).
* Pengukuhan beraktiviti. Guru memberi aktiviti yang disukai pelajar atau membenarkan pelajar `rehat lima minit’ selepas menyelesaikan aktiviti yang berat.
* Pengukuhan kiu verbal tambahan. Contohnya guru menyebut `aha’, `ha ah’, `teruskan’, `cuba fikir semula’ dan lain-lain.
* Pengukuhan dengan cara menghampiri pelajar. Guru menunjukkan minat terhadap kemajuan pelajar dengan mendekati mereka, berdiri atau duduk di sebelah pelajar dan lain-lain. * Pengukuhan bertulis. Guru memberi komen pada tugasan, memberi markah, menggunakan carta kemajuan dan lain-lain.
* Menulis jawapan pelajar di papan hitam. Hal ini menggalakkan pelajar bertindak balas;
Saya telah meningkatkan kemahiran pengukuhan atau peneguhan saya semasa saya menjalankan proses pengajaran dan pe,mbelajaran. Dalam masa yang sama, saya juga sering menggunakan kata-kata motivasi yang dapat menarik minat murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berikut merupakan antara keadaan murid semasa teknik pengukuhan ini dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 


Subkemahiran pengukuhan isyarat yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 


Guru meminta murid untuk menulis jawapan yang tepat di papan hitam dan ini menunjukkan bahawa subkemahiran pengukuhan menulis jawapan di papan hitam telah dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

REFLEKSI ISU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

REFLEKSI ISU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 

Semasa saya menjalankan latihan mengajar di sekolah ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar murid-murid tingkatan empat. Pada hari pertama saya menjejakkan kaki ke dalam kelas ini, saya melihat bahawa kebanyakkan murid-murid lebih suka berdiam diri, agak pasif dan kurang memberi respon semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya berjumpa dengan guru pembimbing saya untuk menyatakan tentang isu ini. Rupa-rupanya isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Oleh yang demikian, guru pembimbing saya meminta saya untuk memikirkan cara atau kaedah yang dapat dilaksanakan bagi memastikan isu ini dapat dibendung. Selain itu, keadaan murid yang terus pasif akan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan beberapa keadaan atau situasi murid yang kelihatan pasif yang sering berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 




Keadaan murid yang kebanyakkannya hanya tunduk dan membisu apabila guru bertanyakan soalan atau pendapat mereka. 


Keadaan murid yang kecewa tatkala tidak dapat menjawab soalan dan pertanyaan yang diajukan oleh guru. 

KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

Menurut Othman Lebar (2011: 57), kepentingan kajian tindakan terbahagi kepada dua iaitu sebagai asas untuk membuat keputusan berasaskan data dan sumbangan kepada profesionalisme guru. 

1.   * Sebagai asas untuk membuat keputusan berasaskan data.

Dalam tugas seharian, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, guru sentiasa membuat keputusan tentang sesuatu tindakan yang telah dan sedang dijalankannya. Sama ada keputusan yang dibuat itu berkesan atau tidak banyak bergantung pada keupayaan guru menggunakan sumber dan maklumat yang ada sebagai asas membuat keputusan. Bentuk dan sumber maklumat juga akan memberi kesan kepada kualiti keputusan yang dibuat. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau data yang boleh dipercayai, dari segi ketepatan dan kerelevanannya, ia mestilah diperolehi melalui satu prosedur dan proses yang sistematik. Itulah sebabnya mengapa kajian guru itu penting bagi mendapatkan maklumat yang tepat sebagai asas untuk membuat keputusan yang sesuai dan berkesan, di samping dapat mendokumenkan tindakan guru semasa membuat keputusan. Dengan erti kata lain, kajian dapat membantu guru dan pihak-pihak lain berkepentingan dalam mengenal pasti keperluan, menilai tindakan dan perubahan yang dibuat melalui keputusan yang dibuat berasaskan data.

* Sumbangan kepada profesionalisme guru. 


Tidak dapat dinafikan pendekatan kajian tindakan telah banyak digunakan oleh sekolah sebagai asas perkembangan profesionalisme guru. Dengan terlibat dalam proses dan aktiviti kajian tindakan, guru dapat mempertingkat amalan mereka berdasarkan penelitian dan refleksi ke atas amalan dalam situasi yang sebenar. Peningkatan amalan berasaskan pengetahuan dan teori tempatan yang dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran guru. Ini bersesuaian dengan konsep dan ciri-ciri profesional yang menekankan peningkatan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas dan tanggungjawab. 

Sumber : Othman Lebar(2011). Kajian Tindakan dalam Pemikiran. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

MAKLUMAT SEKOLAH

MAKLUMAT SEKOLAH


Nama sekolah : Sekolah Menengah Pekan Baru Muar.
Alamat Sekolah : Sekolah Menengah Pekan Baru Muar, 83600, Semerah Batu Pahat Johor.
Pengetua Sekolah : Pn. Hajah Hanim Binti Abdullah
GPK 1 : En. Zainuddin Bin Kusnin
GPK HEM : En. Hamidun Bin Semahon
GPK Kokurikulum : En. Mokhtar Sani Bin Sulaiman
GPK Sains Sosial : Pn. Rosnani Binti Othman
GPK Teknik dan Vokasional : Pn. Norliah Binti Selamat.
GPK Bahasa  : Pn. Zabedah Binti Salleh
Ketua Panitia Bahasa / Guru Pembimbing : Cik Shamsiah Binti Yusof.
No Telefon / No Faks : 07-4161221 / 07-4164357
Bil. Pelajar : 1338 orang
Bil. Guru : 113 orang
Misi Sekolah : Membangun Individu Melalui Pendidikan Kualiti
Visi Sekolah : Sekolah Unggul Penjana Generasi Gemilang. 

MAKLUMAT DIRI


MAKLUMAT DIRI




Nama : Norhidayahwati Binti Salim
   
No Matrik :  D20111047653

Sekolah Semasa Latihan Mengajar :  SMK Pekan Baru Muar Johor.

Alamat Sekolah Semasa Latihan Mengajar:  Sekolah Menengah Pekan Baru Muar, 83600, Semerah Batu Pahat Johor.

PENGLIBATAN DI SEKOLAH SEMASA LATIHAN MENGAJAR.


* Penolong Kem Komanden Kem Bersepadu SMK Pekan Baru. 
*  AJK Pertandingan Koir Sempena Hari Kemerdekaan.
* Fasilitator Kem Satu Murid Satu Sukan SMK Pekan Baru.
* Guru Penasihat Unit Uniform Kadet Remaja Sekolah.
* Guru Penasihat  Persatuan Bahasa Melayu.
* Guru Penasihat Bola Baling.




PENGLIBATAN DI SEKOLAH SEMASA DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.


* Pembantu Felo Kolej Za'ba. 
* Bendahari Majlis Mahasiswa Kolej Za'ba Sesi 2013/2014.
 Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za’ba Exco Ekonomi dan Keusahawanan Sesi 2012/2013.
*  Pengarah Program Penampilan Diri Wanita peringkat Kolej Za’ba.
* Timbalan Pengarah Program Forum Wacana Pemikiran Dr. Hassan Ahmad.
* Timbalan Pengarah Program Makan Malam Kursus Psikolinguistik.
*Bendahari Karnival Keusahawanan Kolej Za’ba 2014.
* Naib Bendahari Karnival Mega Hari TErbuka Kolej Za'ba 2014.